Mar 8, 2016

First Bento

 
Bento pertama di hias cantik-cantik(cantik ke?) sepanjang hidup 31 tahun. Selalu bawak bekal untuk diri sendiri tabur je dalam bekas, tak kuasa nak berhias2. ni untuk anak walaupun tak mintak nak hias cantik2 teringin jugak nak buatkan untuk dia.
 
 
Kawan dia bawak bekal,dia pun sibuk nak bawak bekal. sekolah pasti tu ada je sediakan makanan tengah hari dengan petang. Tak kisah la nak,demi kamu mak awak ni sediakan jugak ye bekal sikit-sikit.
 
 
Roti sapu dengan marjerin tabur gula. telur dadar jadi mata bentuk love ,ada jugak mulut di situ,kening dan rambut tepi-tepi tu..haha. Ni kalau post kat group bento mahu kena gelak je ni nanti
 
 
mata bentuk love,muka ada senyum
 
 
 
 
Tadi dah daftar kan fira sekolah untuk tahun 2018. Alhamdulillah settle satu lagi list untuk tahun 2016 ni. 
 
 
 


 

Followers