Mar 28, 2016

Family Time


26.03.16











[Fira 4y 3m,Fina 1y 8m]


Sementara tunggu ayah jumpa customer kita selfie dulu 




Mar 8, 2016

First Bento

 
Bento pertama di hias cantik-cantik(cantik ke?) sepanjang hidup 31 tahun. Selalu bawak bekal untuk diri sendiri tabur je dalam bekas, tak kuasa nak berhias2. ni untuk anak walaupun tak mintak nak hias cantik2 teringin jugak nak buatkan untuk dia.
 
 
Kawan dia bawak bekal,dia pun sibuk nak bawak bekal. sekolah pasti tu ada je sediakan makanan tengah hari dengan petang. Tak kisah la nak,demi kamu mak awak ni sediakan jugak ye bekal sikit-sikit.
 
 
Roti sapu dengan marjerin tabur gula. telur dadar jadi mata bentuk love ,ada jugak mulut di situ,kening dan rambut tepi-tepi tu..haha. Ni kalau post kat group bento mahu kena gelak je ni nanti
 
 
mata bentuk love,muka ada senyum
 
 
 
 
Tadi dah daftar kan fira sekolah untuk tahun 2018. Alhamdulillah settle satu lagi list untuk tahun 2016 ni. 
 
 
 


 

Mar 1, 2016

Ceritera Pengasuh

Tadi bawak fina check darah..alhamdulillah xde denggi,pneumonia pun tak.syukur sangat.cuma demam n batuk biasa. Masa tunggu result darah,masuk bilik menyusu,ada org kt bilik tu.berborak la dgn dia

Rupanya dia pengasuh. Anak dia umur 5 bulan,tergolek2 tak nangis pun.dia cerita anak dia memang bukan jenis meragam.tapi mengasuh anak orang,budak tu meragam."rasa nak cekik2 je,eee"

aduhai aku mampu huhu dlm hati je aku dengar dia ckp macam tu. Adoi,mengasuh anak org tp xde sifat penyayang dlm diri. Beberapa kali aku dengar dia cakap macam tu. Ada jgk ayat nya ckp "anak aku pun makan ikut time,ko nak tanya-tanya anak ko makan pukul berapa" merujuk pada mak baby tu yang tanya kat pengasuh tu pasal time makan anak dia. aduhai kesian betul aku dengar. baby siapa lah yang dia jaga tu.

Jauh kan lah anak2 aku dari orang-orang macam tu.scary sangat.


Followers