Jun 8, 2016

POPCORN

3 sudu besar minyak (seeloknya minyak masak kelapa sawit tu)
1/3 cawan biji jagung (popcorn kernel)

Caranya :  Letakkan minyak, masukkan beberapa biji jagung.  Bila jagung tu dah 'pop' bolehlah masuk kesemuanya.  Tutup bekas & tunggulah letusan² berlaku.  Bila bunyi pop dah berhenti, boleh tuang popcorn tu dalam bekas lain.  Masa memasak tu, boleh goyang²kan periuk untuk pastikan kesemua biji jagung dah 'pop' dengan jayanya.  (boleh refer gambar dr blog terbabit ye... )

Bila dah siap popcorn nya tu, saya sediakan pula sadurannya.  Sadurannya saya gunakan resepi lain pula... Memang terbaiklah resepi ni!  Karamel yang saya buat kali ni memang cukup untuk 250gm corn kernel yang saya masak(4x 1/3cawan - saya habiskan kesemua jagung dengan menggandakan resepi sbyk 4x).  Jadi kalau anda hanya masak 1/3 cawan biji jagung, sadurannya ni buat 1/4 bahagian sahaja ok.

Resepinya saya ambil dr sini  .  Meh saya translatekan ye.. (resepi ini untuk 250grm popcorn kernel or 4 kali ganda resepi kat atas)

1 cup butter 
2 cup gula perang
1/4 cup corn syrup (saya guna maple syrup or boleh juga letak madu)
2 skvanilla ekstrak
1 sk soda bikarbonat

Cara²nya :  Cairkan butter, masukkan gula & syrup.  Kacau rata sampai sebati, bila dah sebati tutup api.  Masukkan vanila ekstrak & soda bikarbonat, kacau.  Then masukkan popcorn yang siap dimasak tadi... Gaul rata... 
Sedang menggaul popcorn dengan saduran.  Saya campurkan sedikit pretzel untuk naikkan rasa masin.  Boleh tambah peanut, almond or any kind of nut yang dibakar dahulu untuk dapatkan kelazatan yang maksimum!  
 Oh ye... jangan ingat dah boleh makan ye.  Popcorn yang sedap, mestilah dibakar dulu.  IIsshh.. lecehnya!!!  Yuppp.. Itulah perasaan saya bila memikirkan nak kena bakar pulak berkali² sebab saya buat banyak.  Tapi nak sedap punya pasal, saya sanggup mencuba. 
Tiha sedang transfer popcorn yang disadur untuk dibakar
 Bakar dalam preheated oven pada suhu 150c selama 30 minit (saya guna suhu 160c).  Since kuantiti popcorn saya banyak, terpaksalah bakar 3x.
Tunggu turn untuk dibakar.  
 Bila dah siap bakar, sejukkan.  Kemudian lerai²kan sebelum disimpan atau dimakan.  Tunggu sejuk dulu sebelum dileraikan tau, baru super rangup!  Seriously... rasa popcorn ni sedap sangat.  Setanding Garret yang mahal tu.  Memang berbaloi² & puashati.  walaupun ambil masa nak menyediakannya.. menegokkan anak² & Baba terkinja² kesedapan.  Pastinya Mama akan buat lagi.. dan lagii... hahahaha....
Sedang disejukkan sebelum dilerai²kan.  
Sapa² nak rasa popcorn yang sedap, wajib cuba resepi ni!!!  Memang lazat tak terkata.  Betul niii... CUBA TAUU!!  Babaiiii...

SUMBER:BLOG KINA


Pancake

Ingredients
3/4 cup milk
2 tablespoons white vinegar
1 cup all-purpose flour
2 tablespoons white sugar
1 teaspoon baking powder
1/2 teaspoon baking soda ~ k.nor letak secubit jer
1/2 teaspoon salt
1 egg
2 tablespoons butter, melted
cooking spray ~ optional

Directions
Combine milk with vinegar in a medium bowl and set aside for 5 minutes to "sour".

Combine flour, sugar, baking powder, baking soda, and salt in a large mixing bowl. Whisk egg and butter into "soured" milk. Pour the flour mixture into the wet ingredients and whisk until lumps are gone.

Heat a large skillet over medium heat, and coat with cooking spray. Pour 1/4 cupfuls of batter onto the skillet, and cook until bubbles appear on the surface. Flip with a spatula, and cook until browned on the other side.


RESEPI : GOOGLE

Jun 7, 2016

Rendang Ikan Tongkol







Bahan-bahannya :


1 ekor ikan tongkol saiz sederhana
3 cawan santan pekat
2 sudu besar kerisik
2 keping asam gelugur
Gula melaka - secukup rasa
Maggi® CukupRasa™ - secukup rasa
Minyak untuk menggoreng dan menumis



Bahan hiris :


2 helai daun kunyit
8 helai daun limau purut



Bahan kisar :


12 biji cili merah (boleh tambah cili padi kalau nak lebih pedas)
3 cm halia
3 cm kunyit hidup
3 cm lengkuas
2 batang serai
15 biji bawang merah
6 ulas bawang putih 



Cara-caranya:


Potong ikan 2 cm tebal. Lumur ikan dengan air limau atau air asam jawa dan sedikit garam. Perap 15 minit dan bilas bersih. Goreng ikan yang telah dibilas, jangan terlalu garing, agak-agak dah elok masak, angkat dan toskan.
Di dalam kuali, panaskan minyak dan tumis bahan kisar, daun kunyit, daun limau hingga naik bau.
Masukkan ikan, gula melaka, kerisik dan asam keping. Kacau rata.

Masukkan santan dan Maggi® CukupRasa™ secukup rasa. Masak hingga rendang pekat. Sesuaikan rasa, tambah Maggi® CukupRasa™ jika perlu. Kacau sebati. Tutup api.

from:google

Rendang Tok Perak


BAHAN-BAHAN:

    1kg daging
    10 ulas bawang merah | dikisar halus
    5 ulas bawang putih | dikisar halus
    3sm lengkuas | dikisar halus
    3sm halia | dikisar halus
    5 batang serai | dikisar halus
    5 sudu cili giling | dikisar halus
    Kunyit sedikit | dikisar halus
    2 helai daun kunyit | dihiris halus
    1 sudu makan ketumbar | disangai dan dikisar halus
    1 sudu makan jintan manis | disangai dan dikisar halus
    1 sudu makan jintan putih | disangai dan dikisar halus
    1kg santan pekat
    50gm gula Melaka
    3 sudu makan kerisik
    15ml air asam jawa
    Garam secukup rasa



BAHAN TUMIS:

    2 batang kayu manis
    4 kuntum bunga lawang
    5 batang bunga cengkih
    6 biji buah pelaga


CARA MEMASAK:

1. Gaulkan daging dengan ketumbar, jintan manis dan jintan putih yang telah dikisar, perap semalaman.
2. Setelah diperap, masukkan daging yang diperap ke dalam kuali. Masukkan sedikit air dan masak dengan api perlahan hingga daging empuk. Angkat dan ketepikan.
3. Kemudian, panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan-bahan yang dikisar bersama kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga hingga naik bau atau pecah minyak.
4. Selepas itu, masukkan daging dan gaul rata. Masukkan santan dan kerisik, kacau tanpa henti dengan api yang kecil.
5. Masukkan air asam jawa, gula Melaka, daun kunyit dan kacau hingga kering. Bila rendang sudah kering, baru tambah garam secukup rasa.
6. Hidangkan dan sedia dinikmati.



Mar 28, 2016

Family Time


26.03.16











[Fira 4y 3m,Fina 1y 8m]


Sementara tunggu ayah jumpa customer kita selfie dulu 




Mar 8, 2016

First Bento

 
Bento pertama di hias cantik-cantik(cantik ke?) sepanjang hidup 31 tahun. Selalu bawak bekal untuk diri sendiri tabur je dalam bekas, tak kuasa nak berhias2. ni untuk anak walaupun tak mintak nak hias cantik2 teringin jugak nak buatkan untuk dia.
 
 
Kawan dia bawak bekal,dia pun sibuk nak bawak bekal. sekolah pasti tu ada je sediakan makanan tengah hari dengan petang. Tak kisah la nak,demi kamu mak awak ni sediakan jugak ye bekal sikit-sikit.
 
 
Roti sapu dengan marjerin tabur gula. telur dadar jadi mata bentuk love ,ada jugak mulut di situ,kening dan rambut tepi-tepi tu..haha. Ni kalau post kat group bento mahu kena gelak je ni nanti
 
 
mata bentuk love,muka ada senyum
 
 
 
 
Tadi dah daftar kan fira sekolah untuk tahun 2018. Alhamdulillah settle satu lagi list untuk tahun 2016 ni. 
 
 
 


 

Mar 1, 2016

Ceritera Pengasuh

Tadi bawak fina check darah..alhamdulillah xde denggi,pneumonia pun tak.syukur sangat.cuma demam n batuk biasa. Masa tunggu result darah,masuk bilik menyusu,ada org kt bilik tu.berborak la dgn dia

Rupanya dia pengasuh. Anak dia umur 5 bulan,tergolek2 tak nangis pun.dia cerita anak dia memang bukan jenis meragam.tapi mengasuh anak orang,budak tu meragam."rasa nak cekik2 je,eee"

aduhai aku mampu huhu dlm hati je aku dengar dia ckp macam tu. Adoi,mengasuh anak org tp xde sifat penyayang dlm diri. Beberapa kali aku dengar dia cakap macam tu. Ada jgk ayat nya ckp "anak aku pun makan ikut time,ko nak tanya-tanya anak ko makan pukul berapa" merujuk pada mak baby tu yang tanya kat pengasuh tu pasal time makan anak dia. aduhai kesian betul aku dengar. baby siapa lah yang dia jaga tu.

Jauh kan lah anak2 aku dari orang-orang macam tu.scary sangat.


Feb 16, 2016

Anugerah Allah

Alhamdulillah Allah pinjamkan anak-anak comel ni untuk aku jaga.
 
 
Ada suami yang baik.
 
 
Semoga 2016 ni masih dipinjamkan lagi mereka2 ni untuk aku.
 
 
Semoga aku pun panjang umur dapat jaga mereka2 ni
 
 
Semoga 2016 semuanya baik-baik sahaja
 
 
 
 

selfie selpot [Fira Afina 4y 2m,Fina Anina 1y,7m]
 
 
 
Di chiang mai [Fira 2y,Fina dalam perut]
 
 


Followers