Jul 2, 2015

Biskut Jejari Roti Coklat

Biskut Jejari Roti Coklat
Biskut Jejari Roti Coklat

Biskut Jejari Roti Coklat

Bahan-bahan :

Roti Sandwich (dipotong)
Coklat masakan
Nestum


Cara Membuatnya :

1. Gunakan gunting atau pisau, potong bahagian tepi roti. Kemudian, potong panjang-panjang dan potong dua pula.

2. Susun rapat-rapat roti di atas dulang kerana ia tidak akan melekat. Tetapi jangan susun terlalu berlapis untuk mengelak masak tidak sekata.

3. Bakar pada suhu 120 oC selama 15 minit sehingga kekuningan. Pastikan bahawa roti betul-betul rangup.

4. Cairkan coklat masakan dengan cara masukkan coklat dalam mangkuk kemudian letak dalam periuk berisi air (double boiler).

5. Masak hingga coklat masakan menjadi cair.

6. Masukkan roti yang telah dibakar. Ratakan coklat kesemua permukaan roti.

7. Angkat dan salutkan dengan Nestum.

8. Biarkan coklat keras dan boleh disimpan dalam bekas kedap udara.

Followers