Jun 19, 2015

TEPUNG PELITA

Resepi tepung pelita.

Bahagian bawah
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
sedikit pewarna hijau
sedikit pandan paste (sikit je, hujung sudu kecil je)
sedikit air kapur (1/2 sudu kecil)

Bahagian atas
4 sudu besar tepung beras
1 kotak santan campurkan dengan air jadikan semuanya 4 cawan santan.
1 sudu kecil garam

Cara-cara membuatnya

Campurkan semua ramuan bahagian atas. Masak sehingga pekat . Tuang ke dalam mangkuk kecil (mangkuk puding) anggaran separuh sahaja. Biarkan sementara memasak bahagian atas.

Campurkan semua ramuan bahagian atas. Masak hingga pekat. Tuangkan keatas bahagian bawah yang hijau tadi. Biarkan agak sejuk dan masukkan ke dalam peti sejuk.

* Biasa org buat kuih ni dalam acuan daun pisang tapi utk ibu2 yg tk cukup masa atau tak tahu nk buat bekas tu, boleh saja guna mangkuk kecil . Ketebalannya agak2 le , jgn terlalu tebal sangat, tapi rasanya memang sedap .

Yang saya buat adalah seperti di bawah.






 

Followers