Jun 19, 2015

RESIPI AYAM POPCORN (INSPIRASI DARI AYAM KARAGE)



Bahan-bahan:

Isi ayam dipotong kecil
bawang putih, dicincang halus
sos ikan secukup rasa
garam secukup rasa
tepung naik sendiri
tepung beras
tepung kentang

Cara-cara:

1. Perapkan potongan ayam bersama sos ikan, garam dan bawang putih yang dicincang halus (nak kisar pun boleh) selama sekurang-kurangnya 15-20 minit.
2. Adunkan tepung naik sendiri, tepung beras dan tepung kentang menggunakan nisbah 1:1:1. (nak tambah garam lagi kat sini boleh juga, terpulang..)
3. Panaskan minyak untuk menggoreng.
4. Gaulkan tepung dan bahan yang diperap, dan goreng sehingga garing.

Nota:
Sebenarnya ayam ni kita buat makan malam semalam. Kemudian kita simpan separuh dalam peti ais atas. Masa sahur kita goreng lagi. Wah semakin rangup jadinya!

Kalau nak ubahsuai tambah rempah apa-apa pun boleh. Kalau ikutkan resipi asal ayam karage, kena guna tepung kentang sepenuhnya. Tapi sebab tepung kentang kita dah habis semalam, terpaksalah kreatif sedikit ubah resipi

Followers