Jun 19, 2015

KEK BATIK+AGAR2(LAGI MOIST)

KEK BATIK
Bahan-bahan:
2/3 cawan air
1 sk serbuk agar-agar
250 g butter
125 g milo
3 sb serbuk koko
1/2 sk serbuk nescafe
1/2 tin susu pekat
1 kampit biskut marie


Cara-cara:
Sediakan loyang yang dialas dengan plastik [untuk memudahkan diangkat dari loyang]
Masukkan air ke dalam kuali diikuti serbuk agar-agar. Masak sampai agar-agar hancur
Masukkan butter dan gunakan api kecil
Apabila butter sudah cair bolehlah masukkan susu, milo sedikit demi sedikit sehingga milo sebati
Masukkan pula serbuk koko
Gaul tanpa henti dan tak berketul lagi
Setelah pekat, boleh start susun biskut marie ke dalam loyang
Susun sehingga menutupi seluruh permukaan loyang
Cedok adunan coklat dan ratakan
Ulang langkah menyusun biskut sehingga adunan coklat habis
Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam peti ais
Potong dan siap untuk dihidang

Followers