Jun 19, 2015

Ikan Siakap Rebus (ala Stim)

cara mudah siakap stim takyah nak susah2 keluarkan pengukus.. rebus ajer lam kuali dengan api kecil... yang paling best leh hirup kuah banyak2.... sedap masam2 manis ikan..... anak2 suka carrot so aku sengaja buh banyak sket.. mmg syok banget! lagi satu sgt berkhasiat gitu! jom terai....


Penyediaan secara bergambar.. maaf tak sempat nak snap step satu persatu..




Masukkan je semua lam koli... biarkan mendidih sebentar


(ensem btol koli aku tu kan... hahaa)





pas mendidih masukkan ikan, tomato dan sedikit daun ketumbar (daun sup jerk..hikhik)





pehtu tutup bior masak sekata.. api kecil ajer yer! sesekali buka jiruskan kuah ke atas ikan supaya masak bahagian atas..




RESEPI IKAN SIAKAP REBUS (ala STIM)




Bahan-bahan



  • 1 ekor ikan siakap sederhana - cuci bersih
  • 2 ulas bawang putih - ketuk
  • 2-3 biji asam jeruk
  • 1 inci halia - hiris jejari
  • 2 batang serai - hiris serong
  • 1 ketul kiub ayam
  • 1/2 batang carrot - potong jejari
  • 1 tangkai lada merah - hiris serong (jika suka pedas letak cili)
  • 3 keping hirisan lemon
  • 1-2 sudu besar air asam jawa (bergantung masam masing2) - bancuh dgn sedikit air
  • Air secukupnya
  • Daun ketumbar
  • Tomato
  • Garam@SOS ikan dan sedikit gula




Cara-cara

  • Masukkan air ke dalam kuali bersama-sama bawang, halia, serai, lemon, cili, asam jeruk, air asam jawa, kiub pati ayam dan carrot.
  • Masukkan pula garam@sos ikan dan juga sedikit gula. Jika ingin lebih masam, perahkan lemon. Biarkan mendidih sebentar kemudian kecilkan api - paling kecil yer.. (Api tak perlu kuat nanti isi ikan hancur)
  • Masukkan ikan, tomato dan daun ketumbar kemudian tutup kuali dan biarkan ikan masak lebih kurang 15min. Sesekali hendaklah dibuka dan jiruskan kuah ke atas ikan agar ikan masak sekata. Ikan tak perlu diterbalikkan. Siap untuk dihidang.

Followers