Jun 19, 2015

IKAN MASAK ASAM PEDAS

Bahan2 :
1 ekor ikan pari bersaiz sederhana dibelah 4 bahagian
1 serai dititik
air asam jawa secukupnya
... 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
bahan perasa secukupnya( garam dan gula )
sedikit daun kesum
Air secukupnya
Minyak masak secukupnya
5 biji kacang bendi
1 biji tomato dibelah 4 bahagian
BAHAN UNTUK DIMESIN :
30 biji lada kering (di gunting dan rendam dalam air panas)
1 biji bawang besar
5 biji bawang putih
1/2 ibu jari belacan

Cara Menyediakan :
Panaskan minyak dan masukkan bahan yang dimesin tadi serta serai ke dalam periuk..
Tumiskan hingga naik minyak…
Masukkan air secukupnya serta masukkan serbuk kunyit.
Masukkan ikan, gaul secara perlahan untuk mengelakkan ikan hancur..
Masukkan air asam jawa, daun kesum serta bahan perasa..
Akhir sekali,masukkan kacang bendi dan tomato..
Biarkan sehingga mendidih..siap untuk dihidang.

Followers