Jun 19, 2015

LASAGNA

Bahan:
-Lasagna

Sos tomato:
-Sos prego traditional
-Daging cincang secukupnya..lagi byk lagi bagussss
-Onion
-Capsicum

Mushroom bechamel sauce:
-2 sudu besar butter
-2 sudu besar tepung gandum
-2 cawan susu
-Cendawan butang fresh secukupnya, hiris nipis
-Shredded mozarella cheese

topping:
mozarella cheese

Cara:
-grease bottom mangkuk kaca dengan olive oil
-in a large skillet, panaskan daging cencang sehingga brownish, masukkan onion, masukkan capsicum..kacau lg sampai dua sayur ni layu
-tuang sos prego..kacau rata...tutup api

-in another skillet, panaskan butter sehingga cair semuanya, masukkan tepung gandum, kacau2 sehingga berketul, masukkan susu dan kacau sampai semua larut...then masukkan cendawan, kacau kejap, last skali masukkan cheese sikit utk pekatkan sos

-dlm mangkuk kaca tu, sapukan bechamel sauce, layer with meat sauce, and pasta lasagne, ulang2 sampai habis..top die biasa iols layerkan dengan bechamel sauce, then meat sauce, then tabur cheese kaw kaw

bakar sampai for 40 minutes...sbbnye iols pakai instant lasagne pasta...pasta ni tak perlu rebus...so agak2 die menyerap semua air2 dari sos tu..dan lembut..dah boleh angkat...

Sardin Masak Lemak cili padi

1 tin kecil sardin cap ayam brand (sebenarnya tak kisah brand ape pun - masukkan skali ngn kuah dia ek)
santan & air secukup nya
cili padi + kunyit hidup (blend or tumbuk) - kena pakai kunyit hidup baru kick cam org nogori buat...
serai (diketuk)
asam gelugur
garam secukup rasa

masukkan sumer bahan dalam periuk & didihkan, sambil kacau2 supaya santan tak berketul... siap utk dimakan...
husband only accept lauk camni time sahur bulan puasa aje, time lain, dia mmg marah tea buat sbb dia cakap masak cam orang pemalas aje.. hahahahhahhaa... tp abes je nasi sepinggan ngn lauk ni sbb sedap tau..



SAMBAL BILIS TEMPOYAK


Bahan-bahan:
1 cawan ikan bilis
5 sudu tempoyak
2 ulas bawang merah*
20 biji cili api*
1/2 inci kunyit hidup*
sedikit ikan bilis*
3 batang serai dititik
garam & aji & gula

Cara-cara:
tumbuk kasar bahan2 bertanda (*)..
panaskan minyak.. masukkan bilis.. goreng bagi layu sahaja..
masukkan pula bahan yang telah ditumbuk dan serai.. tumiskan hingga naik minyak atau kekuningan..
masukkan pula tempoyak dan sedikit air..
garam.. aji.. gula secukup rasa..
bila telah pekat matikan api..

AYAM GORENG REMPAH

 ulas bwg putih - tumbok
2 inci halia - tumbok
1 inci lengkuas (xde pn xpe) - tumbok
sebatang serai - hiris spnjg stgh inci then tumbok
serbuk cili/cili kiring yg dh direbus n di blend
serbuk kari
serbuk kunyit/kunyit giling
1sb biji ketumbar (tumbok)
1 sb jintan manis (tumbok)
sedikit gula merah
garam

cmpur semua n perap jap then goreng..
kl korng nk guna blender blh tp blend guna ais krim soda..ni resipi mak aku bg..
tp aku lg suka tumbok sbb nnt bnyk hampas2 dia
goreng smpi tenggelam ayam tu dlm minyak
api jgn kuat sgt jgn slow sgt

KEK BATIK+AGAR2(LAGI MOIST)

KEK BATIK
Bahan-bahan:
2/3 cawan air
1 sk serbuk agar-agar
250 g butter
125 g milo
3 sb serbuk koko
1/2 sk serbuk nescafe
1/2 tin susu pekat
1 kampit biskut marie


Cara-cara:
Sediakan loyang yang dialas dengan plastik [untuk memudahkan diangkat dari loyang]
Masukkan air ke dalam kuali diikuti serbuk agar-agar. Masak sampai agar-agar hancur
Masukkan butter dan gunakan api kecil
Apabila butter sudah cair bolehlah masukkan susu, milo sedikit demi sedikit sehingga milo sebati
Masukkan pula serbuk koko
Gaul tanpa henti dan tak berketul lagi
Setelah pekat, boleh start susun biskut marie ke dalam loyang
Susun sehingga menutupi seluruh permukaan loyang
Cedok adunan coklat dan ratakan
Ulang langkah menyusun biskut sehingga adunan coklat habis
Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam peti ais
Potong dan siap untuk dihidang

IKAN MASAK ASAM PEDAS

Bahan2 :
1 ekor ikan pari bersaiz sederhana dibelah 4 bahagian
1 serai dititik
air asam jawa secukupnya
... 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
bahan perasa secukupnya( garam dan gula )
sedikit daun kesum
Air secukupnya
Minyak masak secukupnya
5 biji kacang bendi
1 biji tomato dibelah 4 bahagian
BAHAN UNTUK DIMESIN :
30 biji lada kering (di gunting dan rendam dalam air panas)
1 biji bawang besar
5 biji bawang putih
1/2 ibu jari belacan

Cara Menyediakan :
Panaskan minyak dan masukkan bahan yang dimesin tadi serta serai ke dalam periuk..
Tumiskan hingga naik minyak…
Masukkan air secukupnya serta masukkan serbuk kunyit.
Masukkan ikan, gaul secara perlahan untuk mengelakkan ikan hancur..
Masukkan air asam jawa, daun kesum serta bahan perasa..
Akhir sekali,masukkan kacang bendi dan tomato..
Biarkan sehingga mendidih..siap untuk dihidang.

SIAKAP GORENG BERLADA,AYAM PUN BOLEH

Bahan2 :
1 ekor ikan siakap bersaiz besar...
BAHAN A-bawang merah,bwg besar,bwg putih,halia(dikisar)
... BAHAN B-cili besar,cili api(dikisar)-pastikan cili x terlalu hancur...nant x sedap...
minyak utk menggoreng
sedkit air
bahan perasa
sos tiram,sos tomato,sos cili

Cara Menyediakan :
Goreng ikan dlm kuali lain…dan asingkan…
Panaskan minyak..tumiskan BAHAN A hingga naik bau…
Kemudian,masukkan BAHAN B pula…tumiskan sekali..
Masukkan sedikit air…utk elak kering sgt…
Pastu leh la masukkan bahan perasa,sos tiram,sos cili,sos tomato…gaul lagi…
Ok..dah masak sumer…leh tuang kuah tumisan ni atas ikan siakap td…
Selamat mencuba…

TEPUNG PELITA

Resepi tepung pelita.

Bahagian bawah
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
sedikit pewarna hijau
sedikit pandan paste (sikit je, hujung sudu kecil je)
sedikit air kapur (1/2 sudu kecil)

Bahagian atas
4 sudu besar tepung beras
1 kotak santan campurkan dengan air jadikan semuanya 4 cawan santan.
1 sudu kecil garam

Cara-cara membuatnya

Campurkan semua ramuan bahagian atas. Masak sehingga pekat . Tuang ke dalam mangkuk kecil (mangkuk puding) anggaran separuh sahaja. Biarkan sementara memasak bahagian atas.

Campurkan semua ramuan bahagian atas. Masak hingga pekat. Tuangkan keatas bahagian bawah yang hijau tadi. Biarkan agak sejuk dan masukkan ke dalam peti sejuk.

* Biasa org buat kuih ni dalam acuan daun pisang tapi utk ibu2 yg tk cukup masa atau tak tahu nk buat bekas tu, boleh saja guna mangkuk kecil . Ketebalannya agak2 le , jgn terlalu tebal sangat, tapi rasanya memang sedap .

Yang saya buat adalah seperti di bawah.






 

POPIA NESTM

bahan2
kulit popia
nestum
horlick
gula

cara2
gulungkan popia, then potong ikot pnjg yg sesuai, goreng dan ketepikan smpi sejuk n tos minyak
blend nestum smpi hancur, blend gula smpi hancur (blend asing2)
cmpurkan nestum ngn horlick ngn gula
gaulkn dgn popia..

slmt mencubaaaa..

Ikan Siakap Rebus (ala Stim)

cara mudah siakap stim takyah nak susah2 keluarkan pengukus.. rebus ajer lam kuali dengan api kecil... yang paling best leh hirup kuah banyak2.... sedap masam2 manis ikan..... anak2 suka carrot so aku sengaja buh banyak sket.. mmg syok banget! lagi satu sgt berkhasiat gitu! jom terai....


Penyediaan secara bergambar.. maaf tak sempat nak snap step satu persatu..




Masukkan je semua lam koli... biarkan mendidih sebentar


(ensem btol koli aku tu kan... hahaa)





pas mendidih masukkan ikan, tomato dan sedikit daun ketumbar (daun sup jerk..hikhik)





pehtu tutup bior masak sekata.. api kecil ajer yer! sesekali buka jiruskan kuah ke atas ikan supaya masak bahagian atas..




RESEPI IKAN SIAKAP REBUS (ala STIM)




Bahan-bahan



  • 1 ekor ikan siakap sederhana - cuci bersih
  • 2 ulas bawang putih - ketuk
  • 2-3 biji asam jeruk
  • 1 inci halia - hiris jejari
  • 2 batang serai - hiris serong
  • 1 ketul kiub ayam
  • 1/2 batang carrot - potong jejari
  • 1 tangkai lada merah - hiris serong (jika suka pedas letak cili)
  • 3 keping hirisan lemon
  • 1-2 sudu besar air asam jawa (bergantung masam masing2) - bancuh dgn sedikit air
  • Air secukupnya
  • Daun ketumbar
  • Tomato
  • Garam@SOS ikan dan sedikit gula




Cara-cara

  • Masukkan air ke dalam kuali bersama-sama bawang, halia, serai, lemon, cili, asam jeruk, air asam jawa, kiub pati ayam dan carrot.
  • Masukkan pula garam@sos ikan dan juga sedikit gula. Jika ingin lebih masam, perahkan lemon. Biarkan mendidih sebentar kemudian kecilkan api - paling kecil yer.. (Api tak perlu kuat nanti isi ikan hancur)
  • Masukkan ikan, tomato dan daun ketumbar kemudian tutup kuali dan biarkan ikan masak lebih kurang 15min. Sesekali hendaklah dibuka dan jiruskan kuah ke atas ikan agar ikan masak sekata. Ikan tak perlu diterbalikkan. Siap untuk dihidang.

SOTONG GORENG TEPUNG

sotong goreng tepong..

Bahan2
sotong (siang n buang kulit merah tu)potong ikot suka
3 sb tepong gandum
2 sb tepung jagung
1 sb baking powder
sebiji telor
serbuk kari, serbuk cili atau cili kering blend, lada sulah, serbuk lada hitam (korg blh pilih nk tarok yg mana, semua pn xpe)
garam

cara2
-keringkn sotong atas kitchen towel
-gaul semua tepung gandum+tepong jagung+baking powder (ingt formula ni 3+2+1)
-pukul telor skt, campur ngn segala serbuk kari, cili serbuk, lada sulah, lada hitam, n garam...kacau sebati..
-then rendamkn sotong dlm bancuhan telor kemudian gaulkn dgn bancuhan tepong td tu..
-terus masokkan dlm minyak yg pns..so goreng cm biasa..

insyaAllah x meletup (kl ada pn skt2 je), sbb kite dh buang yg kulit sotong merah tu..meletop skt2 tu maybe ada kulit x hbs..

so blh la cuba ni yek..bestttt!!

NASI AYAM SEDAP

bahan utk ayam
ayam - potong 4
2 ulas bwg putih
4 keping hirisan halia (sebeso 2 posen-ketuk je)
garam

- rebus semua bahan, make sure air tenggelamkan ayam..rebus smpi ayam masak..toskan
- dh siap rebus, air jgn buang

bahan utk nasi
beras (wajib la kan, x hado bkn nasi ayam la kan)hahaha
2 ulas bwg putih (ketuk)
2 keping halia (ketuk)
kunyit (skt je)
buttercup or marjerin
air rebusan ayam
daun pandan (xde pn xpe, nk bau wangi je)

- cairkan butter ats dapo, tumis bwg putih, halia, smpi naik bau, last masukkan kunyit..
- basuh beras, letak siap2 benda yg dh ditumis tu dlm beras, then masukkan air rebusan tu dlm periuk nasi.sukat la air ikut yg patut..
- nk masukkan garam ok gak, tp pndi2 la adjust sbb air rebusan tu maybe dh ada rs masin..
- masuk daun pandan..then tunggu masak..rajin2 jgk kacau yek..

* tok guru sy ajar jgk, dia kata blh isikan lemak ayam dlm nasi ni, sbb nnt lg sedap katanya, sy rajin jgk buat, tp kdg2 lupa..hahaha

bahan untuk sambal
5 biji cili besar
1/2 biji tomato (kl tomato besar, kl tomato kecik 3/4 pn ok)
halia skt
seulas bwg putih
cili padi (ikut suka pedas) sy biasa isi 7-9 biji
air rebusan ayam (ikut keperluan dlm blender tu)
2 biji limau kasturi
gula n garam secukupnya

- masukkan semua dlm blend kecuali gula dan garam..then blend la smpi penat yo..
- dh blend perasakan dgn gula n garam

* kl tomato yg muda tu (agk masam) so letak limau tu yg dh masak skt..kl tomato u dh masak blh ltk limau yg ijau..tp ok je kl terdesak, cuma maybe akn jd masam skt..xpn awk letak sebiji dulu, lg sebiji awak perah lps blend..

bahan utk ayam (utk madu)
kicap kipas udang manis
ajinomoto- secubit (tok guru sy dulu bg resipi ni, tp sy x isi aji ni, dapor x pernah ada ajinomoto kan..hahaha
madu

- masak kicap dgn secubit aji ni ats dapo dgn api pelahan je, jgn tinggalkan, dh menggelegak, kacau n angkat
- dh sejuk sapu lumur aym dgn kicap, then sapu madu
- goreng dlm periuk kecik, make sure periuk tu muat utk 1/4 ayam la, minyak kasi tenggelam ayam tu..
- sblm nk letak dlm periuk lumur kan lg sekali
- goreng api jgn kuat sgt nnt hangus pahit..api ngam2 je, minyak panas masukkan ayam, dh garing balikkan..cucuk ngn garpu pn blh..hahaha

* utk sambal kicap balance yg kicap masak tu cmpur kan dgn air rebusan je, kicap tu akn cair skt je, sbb kicap tu bila dh masak td dia mcm pekat skt

bahan sup
2 biji bwg kecik (tumbok)
2 biji bwg putih (tumbok)
halia skt (tumbok)
sup bunjut
leher, kaki ayam, or tulang2 ayam
daun sup, daun bwg, bwg greng

- tumis bahan tumbok, dh naik bau letak tulang2 tu, taruk air, garam n sup bunjut..
- renehkan lama skt..dh masak, angkat
- hidang dgn daun sup, daun bwg n bwg goreng

* xpun blh je awak masak sup ikut suka sendiri, tp xyah complicated sgt, bt sup simple je.

ok!!dh siap..blh makan dgn salad, timun, tomato...JANGAN lupe jirus ngn minyak bijan(umah aku mmg wajib ada benda ni) dengan kicap cair..siyes terbaekkkk..

tips senang masak

ada kaedah paling mudah.



Tiga balang asas masakan lauk kat bawah ni :-

Once a week, biasanya weekend boleh buat rencahnya.


Semua ni blend.


***


Balang 1


Bawang putih


Bawang besar


Bawang merah
 
Balang 2

 
Cili kering yang direndam/direbus

 
Bawang merah / bawang besar

 
Sedikit bawang putih

 
Sedikit belacan

 
Sedikit minyak

 
Sedikit ikan bilis / kiub ikan bilis
 
Balang 3

 
Kunyit

 
Halia

 
Lengkuas

 
Buah keras

 
Serai
 
Semua-semua di atas adalah asas pada semua lauk kita (orang melayu ler)

 
Jadi, nak masak pun jadi mudah.

 
Contoh : Rendang

 
Semua balang perlu 1 + 2 + 3 + cili padi

 
Contoh : Asam pedas

 
Balang 1, Balang 2 dan sedikit dari Balang 3.

 
Contoh : Sayur

 
Balang 1

 
Contoh : Masak Lemak Cili Padi


 
Balang 1, Balang 3 + cili padi


 
Bahan-bahan mentah dan rempah-rempah tu kena la cari dan diada-kan, kan? ^_^


 

RESIPI AYAM POPCORN (INSPIRASI DARI AYAM KARAGE)



Bahan-bahan:

Isi ayam dipotong kecil
bawang putih, dicincang halus
sos ikan secukup rasa
garam secukup rasa
tepung naik sendiri
tepung beras
tepung kentang

Cara-cara:

1. Perapkan potongan ayam bersama sos ikan, garam dan bawang putih yang dicincang halus (nak kisar pun boleh) selama sekurang-kurangnya 15-20 minit.
2. Adunkan tepung naik sendiri, tepung beras dan tepung kentang menggunakan nisbah 1:1:1. (nak tambah garam lagi kat sini boleh juga, terpulang..)
3. Panaskan minyak untuk menggoreng.
4. Gaulkan tepung dan bahan yang diperap, dan goreng sehingga garing.

Nota:
Sebenarnya ayam ni kita buat makan malam semalam. Kemudian kita simpan separuh dalam peti ais atas. Masa sahur kita goreng lagi. Wah semakin rangup jadinya!

Kalau nak ubahsuai tambah rempah apa-apa pun boleh. Kalau ikutkan resipi asal ayam karage, kena guna tepung kentang sepenuhnya. Tapi sebab tepung kentang kita dah habis semalam, terpaksalah kreatif sedikit ubah resipi

Sambal hijau

simple jer buatnya..hihi...tumbuk ikan bilis,bwg merah,bwg putih, ciliapi, belacan(optional-kalu rasa takmo bubuh, i tak bubuh )...takyah lumat sangat...pastu tumis garing sikit..masukkan air sikit(biasa i masukkan suku cawan je),garam,gula,asam keping...asam keping ni pon optional gak, tak bubuh pun takpe..cuma i suka bubuh bila terasa nak mkn masam2 sikit...pastu kacau 2,3 minit..tutup api..leh makan

Followers