Dec 7, 2014

Air cokelat


Nak try la nant..mcm sedap jek.


Dec 4, 2014

Happy Birthday [30 tahun]




terima kasih dengan ucapan anak2 masih kecik lagi,ada hati fikir anak seterusnya.



Nov 27, 2014

Fina Ariana Meniarap [4 bulan 2 minggu]

Fina Dah pandai meniarap!!!

Cepat besar ye nant boleh main dengan kakak

Fira Afina [2 tahun 11 Bulan]

 
Excited nak pergi sekolah. Dah daftar untuk PASTI. RM50
 
Semoga bergembira dengan kawan2 nant tau. Jadi anak yang pandai,dengar ckp ami dengan ayah

Ami,Ayah,Adik sayang fira tau

 

Oct 30, 2014

Sotong Goreng Tepung

1- sotong tu di cuci bersih dan di toskan airnya.
 
2- Tambahkan garam dan serbuk lada putih, kemudian gaul dengan sotong.
 
3- tabur tepung gandum kat sotong tu supaya sotong disaluti tepung. Then biarkan sekejap supaya tepung tu meresap air sotong
 
4- keep tabur tepung gandum dan gaulkan kat sotong.
 
5- Last step, pukul 1 bj telo, celupkan sotong yang dah disaluti tepung kemudian golek-golekkan lagi dalam tepung gandum
 
6- Masukan dalam minyak yang telah dipanaskan dari mula tadi. Goreng sampai kuning keemasan-toskan.
 
sotong goreng tepung ni, paling sedap bila dicicah ngan sos thai yang manes-manes masam tu. Tapi taim ni kat umah mak kehabisan sos thai tu so sos cili pun boleyyy..
Apapun, sotong goreng tepung rangup ni memang terbaek wok…!


---> copy paste dari blog orang.dah buat-SEDAP
 

Jun 6, 2014

Anniversary ke 4

Hari ni anniversary kami yang ke 4

Malam tadi farid dah wish,pagi ni aku mesej kat fb







Anniversary ke 4 ni alhamdulillah kami dah ada rumah sendiri, fira afina & dalam perut  bakal lahir julai nanti

Semoga terus dipanjangkan umur aku,suami dan anak-anak dan dipanjangkan juga jodoh kami :)


Apr 27, 2014

Tiramisu (kek chiffon)

Whipping cream 250ml
1 buku cheese cream
Gula kastor setengah suku cawan
Esen vanilla 1 sudu teh
Kek giant/tesco perisa coklat
Nescafe 1 sudu + air setengah cawan
Koko

1. Putar cream cheese n gula dan esen vanilla,lepas tu masuk sikit demi sikit whipping cream

2. Lembapkan kek dengan air nescafe (letak kat piring)

3. Letak kek yg dah dilembapkan dulu,cream yg dh diputar,tabur koko guna penapis..selang seli kan dalam cawan

Siapppp!!!

Dah try-sedap

Followers