Jan 14, 2013

Perkembangan Fira 1year 2Week

Dah besar dah anak aku.Sekejap je masa berlalu..
Fira belum berjalan lagi,baru memapah..tak kisah pun,biar dia adapt sendiri dengan perkembangan diri dia
Itu pun sibuk nak pergi kat tepi kerusi,tepi meja nak memapah,kita ni risau dia jatuh je nanti..huhu
 
 
Sekarang ni kalau tanya mana hidung dia akan tutup hidung dia dengan mimik2 muka sekali,kalau ckp busuk-busuk pun dia buat macam tu juga..hehe
Dah pandai tadah tangan kalau suruh baca doa
Dah pandai salam
Ada certain ayat yang dia boleh ikut kalau kitaorang cakap contohnya fish,ayah,ami(read:mummy)
Kalau suruh dia sayang dia akan dekatkan mulut dia kat pipi
 
Semoga Fira terus membesar sihat,riang ye sayang..Love u ^_^

Jan 10, 2013

Anak Ramai

Situasi di Pantry
 
Berborak dengan untie cleaner.
 
Si peramah(aku):Umur untie berapa?
 
Untie:56tahun
 
Si peramah(aku):Kenapa untie keje lagi,tak duduk rumah rehat-rehat.
 
Untie:kalau keje boleh dapat rm700,kalau duduk rumah sape nak bagi rm700.
 
Si peramah(aku):Anak untie berapa orang?diaorang tak bagi duit?
 
Untie:Ada 7 orang.Diaorang pun ada family sendiri.
 
Si peramah(aku):owwwhhhh.
 
Dalam hati si peramah(aku):Ada anak ramai pun,tua-tua kena kerja jugak.Ingatkan ada anak ramai boleh la hulur-hulur duit ke..Seorang ibu boleh bagi duit pada 10 anak tapi 10 anak belum tentu boleh bagi duit pada seorang ibu.
 
Si peramah(aku): Untie kerja dari muda ke?
 
Untie:Tak la,dulu untie housewife jaga anak,mula kerja 7tahun lepas.
 
So housewife2 sekalian,tak semestinya anda housewife sekarang sampai bila-bila pun anda housewife.hehehe
 
 
 

Mind Set

Yang aku tau salah satu untuk penyusuan ibu berjaya adalah kena fikir susu ada,susu banyak.Tapi kalau time pantang aku boleh dapat 10oz sekali pum sekarang selepas setahun cuma dapat 9oz beberapa kali pump,macam mana nak set kan mind aku yang susu banyak????
 
owhhhhh susu!!
 
Harap2 boleh la berjaya susukan fira sampai fira 2tahun.Seronok je rasa susukan anak.Rugi tau sapa2 yang awal2 dah tak nak susukan anak.
 
Fira Afina Sayannggggg,semoga mummy dapat susukan Fira sampai umur 2 tahun ye.Love u ^_^
 
 

Followers