Dec 23, 2013

Harga rumah mahal giler

Sekarang harga rumah x munasabah langsung...
Dlu yg harga rumah rm100,xxx sekarang dah jadi rm200,xxx..tu rumah setingkat tu..
Alhamdulillah dulu tergerak hati nak beli rumah,walaupun sekadar rumah second hand..rumah tu pun ok lagi,tak dela buruk sgt..
Berbaloi la dengan harga rm260,000 time tu...

Oct 29, 2013

Relaks la rina..this is not your end life.petang ni pergi cari hp baru k.duit ada,xde belakang kira.
 
relaks brother..brother relaks (ulang 10 x)

Oct 28, 2013

Dah sign Loan agreement

Alhamdulillah,dah setel sign loan agreement dengan bank ahad hari tu. Lepas ni follow up dengan lawyer pulak.
 
 

Oct 26, 2013

Fira afina demam,badan dia panas..risau kalau2 kena denggi.Ingat esok nak pergi cek darah dia.
 
Makan pun tak lalu~kesian dia.
 
Get well soon k dear.
 

Oct 17, 2013

Daging Masak Gulai Serai

 
 
 


Bahan2nya..
1 kilo daging lembu ( di potong kecil2, dicuci dan ditoskan… )
2 biji kentang ( kopek kulitnya dan di potong 6-12 bhgn )
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit
10 btg cili kering – potong2 dan rendam dalam air panas )
2 batang serai
1 sudu teh ketumbar biji
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 kotak @ 200 g santan
1/2 cawan susu cair /santan pekat
2 keping asam gelugur
garam secukup rasa

Cara Membuatnya
1. Kisar bawang besar, halia, kunyit, cili kering, bawang putih, serai, jintan putih, jintan manis bersama sedikit air hingga hancur…
2. Kemudian satukan daging, bahan2 yg telah dikisar, air dan santan dan masak hingga daging 3/4 masak.
3. Masukkan kentang, garam, asam gelugur kedalam gulai… jika air kurang boleh tambah lagi… dan masak lagi hingga daging agak empuk dan santan telah mengeluarkan minyaknya.
4. Last sekali masukkan susu cair/santan pekat, sesuaikan rasa dan bila kuah sudah mendidih dan agak pekat bolehlah tutup api….
5. Hidangkan dgn nasi panas2….


kreadit:potret kasih

Feb 5, 2013

Pump

Alahai....tengah ada semangat mengepam ni,filter pump aku tercabut la pulakkkkkk.perasan masa nak megepam tadi,patutnya perasan masa filter tercabut tadi.
 
mesti fira suka masa menyusu petang nanti,banyak je susu ada.rezeki kamu la nakkkk.




WARNING: This message is for designated recipient only and may contained privileged or confidential information and exempt from disclosure under applicable law and/or may be subject to copyright protection. If you have received it in error, please notify the sender immediately and delete this message. Any other use of the email by you is strictly prohibited. Opinion, conclusions and other information in this message that do not relate to the official business of the company shall be understood as neither given nor endorsed by the company. The company makes no warranties that this message is free from computer virus and the like, and disclaims all liabilities in connection therewith.

Feb 2, 2013

Liffftttttttttttttttt

Lif tempat keje aku ni buat aku rasa stupido.tekan2 butang lif tapi xgerak,so naik tangga sampai tingkat 6. time turun nampak untie cleaner elok je guna lif tu.apekahhh?
 
kejadian lepas,tekan2 butang lif tengok nombor tu 6 je tak gerak2,naik tangga sampai tingkat 6 tengok2 cleaner tengah bersihkan dinding lif tu sambil kawan dia yang baik hati sangat tu tengah tahan pintu lif.seronokkkkkkknyeeee

Jan 14, 2013

Perkembangan Fira 1year 2Week

Dah besar dah anak aku.Sekejap je masa berlalu..
Fira belum berjalan lagi,baru memapah..tak kisah pun,biar dia adapt sendiri dengan perkembangan diri dia
Itu pun sibuk nak pergi kat tepi kerusi,tepi meja nak memapah,kita ni risau dia jatuh je nanti..huhu
 
 
Sekarang ni kalau tanya mana hidung dia akan tutup hidung dia dengan mimik2 muka sekali,kalau ckp busuk-busuk pun dia buat macam tu juga..hehe
Dah pandai tadah tangan kalau suruh baca doa
Dah pandai salam
Ada certain ayat yang dia boleh ikut kalau kitaorang cakap contohnya fish,ayah,ami(read:mummy)
Kalau suruh dia sayang dia akan dekatkan mulut dia kat pipi
 
Semoga Fira terus membesar sihat,riang ye sayang..Love u ^_^

Jan 10, 2013

Anak Ramai

Situasi di Pantry
 
Berborak dengan untie cleaner.
 
Si peramah(aku):Umur untie berapa?
 
Untie:56tahun
 
Si peramah(aku):Kenapa untie keje lagi,tak duduk rumah rehat-rehat.
 
Untie:kalau keje boleh dapat rm700,kalau duduk rumah sape nak bagi rm700.
 
Si peramah(aku):Anak untie berapa orang?diaorang tak bagi duit?
 
Untie:Ada 7 orang.Diaorang pun ada family sendiri.
 
Si peramah(aku):owwwhhhh.
 
Dalam hati si peramah(aku):Ada anak ramai pun,tua-tua kena kerja jugak.Ingatkan ada anak ramai boleh la hulur-hulur duit ke..Seorang ibu boleh bagi duit pada 10 anak tapi 10 anak belum tentu boleh bagi duit pada seorang ibu.
 
Si peramah(aku): Untie kerja dari muda ke?
 
Untie:Tak la,dulu untie housewife jaga anak,mula kerja 7tahun lepas.
 
So housewife2 sekalian,tak semestinya anda housewife sekarang sampai bila-bila pun anda housewife.hehehe
 
 
 

Mind Set

Yang aku tau salah satu untuk penyusuan ibu berjaya adalah kena fikir susu ada,susu banyak.Tapi kalau time pantang aku boleh dapat 10oz sekali pum sekarang selepas setahun cuma dapat 9oz beberapa kali pump,macam mana nak set kan mind aku yang susu banyak????
 
owhhhhh susu!!
 
Harap2 boleh la berjaya susukan fira sampai fira 2tahun.Seronok je rasa susukan anak.Rugi tau sapa2 yang awal2 dah tak nak susukan anak.
 
Fira Afina Sayannggggg,semoga mummy dapat susukan Fira sampai umur 2 tahun ye.Love u ^_^
 
 

Followers