Nov 12, 2012

TIPS-TIPS

Copy paste dari blog anon

DAPUR:



1. Kupas bawang banyak-banyak letak dalam freezer. Jangan basuh supaya tahan lama.
Cepatkan kerja-kerja memasak.

2. Setiap mlm sebelum tido turunkan ayam+ ikan beku dari bahagian freezer ke
bahagian chiller.esok boleh terus masak tak payah tunggu lama :)

3. Siapkan cili kering yg dah diblend n campuran bwg putih bwg merah yg dh diblend
n simpan dlm fridge

4. Sayur yg leceh nk siang (bayam, kangkung n etc) siang siap2, letak dlm zipper
bag(cosway punya) leh thn sehingga seminggu dlm tu tnpa layu. Ni utk cepat dan
mudah buat bubur anak

5. ikan / ayam / sotong etc (barang basah), pack kan dalam plastik kecik2 utk
sekali masak. basuh siap-siap (untuk elakkan bakteria) dan letak garam kunyit
terus. Juga ayam /sotong/daging etc dadu kecil-kecil utk masak sayur, tomyam,
bubur anak etc..

[Boleh
guna bekas kecil / zipper cosway etc utk storage].

6. Buat sendiri resepi garam kunyit tu buat sendiri, buat banyak terus.. blender
serai, kunyit, garam, halia, bawang putih...sukatan suka hati... boleh guna utk
ayam, ikan samada dibakar atau goreng.

7. Hujung minggu, buat sambal banyak terus, blender cili merah, bawang dll terus
masak. dah sejuk masukkan dalam peti. nak bekukan pun boleh.. nnt kalau nak
masak ayam masak merah @ masak pedas, ikan ke, sambal udang ke, sambal tempe
ke... just goreng je benda2 tu n last skali letak sambal yang dah ready.

8. msak buat 2-3 jnis lauk yg utk kuantiti 2-3 kali mkn. Asingkn siap2 ikut portion
pastu msuk freezer. Ble nk mkan selang seli lauk supaya xbosan. Cume sayur je
msak fresh.

9. manfaatkan tanah yang ada kat rumah, supaya tidak la nak masak semua kena beli.
jimat masa dan duit (tanam serai, lengkuas, ulam2an, cili, daun kesum, bendi
etc). Tanam serai kn rumput besar skit..korek lubang dlm br msuk rumpun
serai..klau tnm kesum n pndn..ltk sabut keliling supaya sejuk n berair.

10. Masak dan bawa bekal ke pejabat untuk jimatkan belanja dan berkhasiat :-)

11. Masak nasi lebih sikit untuk dinner, lebih buat nasi goreng pagi esok.

12. belanja brg basah seminggu sekali....keje everyday masak sebbb anak2 akk bekalkn
ngn makanan gi umah pengasuh...bwg dah siap blend...lade kering dah siap
kisar,ayam/ikan dah siap satu bekas satu hari yg dah bersih,sayur potong mlm
bungkus ngn plastik lekat yg putih tu...dalam peti..bangun tido,, boleh terus
masak x buang mase..plg lm dok dapur 1jam...biase 30 minit gerenti boleh
siap.



PAKAIAN:

1. Gosok baju kerja untuk seminggu ketika cuti hujung minggu.

2. Kalu basuh Baju, hang terus dgn hanger Dan bila kering terus gantung dlm
almari.bj yg ltk hanger jgn biarkan dlm bakul baju lama2 nnt berkedut dan susah
nak gosok.

3. baju anak-anak Kalau dilipat, pastikan dilipat berpasangan, cthnya seluar
jean& tshirt. Jadi tak bersepah2.

3. lipat n gulung baju then ikat baju2 anak dgn getah supaya tak sepah bila depa
tarik.

4. Lipat baju sambil tengok TV





BILIK TIDUR:

1. Tukar cadar katil 1 / 2 bulan sekali.



ANAK-ANAK:

1. Kalau hntr anak ke nursery/pengasuh, diaper n baju hntr utk seminggu terus. Susu
je kena bekalkan hari (susu ibu) kalau yg kakak, mmg tggl 1 bekas susu kt
nursery. Supaya pagi2 x kelamkabut uruskan bakul anak ke nursery.

2. anak fully pakai cd, jd ms lipat tu masukkan insert siap2 dan asingkan mana yg
siang hr, mana yg 2 insert utk mlm, masukkan terus, jd jmat masa sket.

3. Bagi anak2 makan kenyang sebelum buat keje supaya tak diganggu :-)




LAIN-LAIN:

1. kemas umah yg betul2 punya setiap jumaat petang lepas sekolah.....sbtu ahad relax....kalu kemas biasa tgk keadaan umah...kdg 2 hr skali sapu sampah n mop....dapur kena hr2...

2. Minta pertolongan suami dengan baik.

3. sume keje di 'simple' kan.. antaranya beli bj yg tak yah iron..so tak de isu nak iron bj selalu

Followers