Jun 2, 2012

Resepi Ayam Panggang Beraroma

1/2 ekor ayam
1 pokok daun ketumbar ( daun, batang dan akar2nya sekali – cuci bersih2 )
1 inci halia
1 labu bawang putih ( 6-8 ulas bawang putih )
3 – 4 biji cili merah ( kalau nak lebih pedas boleh guna cili padi )
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu makan gula
1/2 sudu makan garam
2 – 3 sudu makan jus limau/cuka
sedikit perasa (jika suka )
**jika suka boleh letak jintan dan biji ketumbar atau serai – di kisar sekali dgn bhn kisar…. saya tak letak!!!… saja nak try resepi yg simple!!!
Cara Penyediaan
1. Bersihkan ayam dengan gaulkan tepung gandum dan bilas dgn air bersih…
2. Kisar bawang putih, cili merah, halia, daun ketumbar, serbuk kunyit, gula, garam, jus limau dan  gula dgn sedikit air.
3. Sediakan dulang pembakar kemudian susun ayam.
4. Kelar2kan sedikit  ayam tersebut terutama bahagian isi yg tebal…
5. Curahkan bahan kisar pada ayam…gaul2kan hingga sebati ayam dgn bahan kisarnya
6. Perapkan sebentar, barulah dibakar…. selama lebih kurang  50 minit – 1 jam…
7. Balik2kan ayam agar rata masaknya…sambil dilumurkan rempah/minyak ayam pada ayam tadi….
8. Bila ayam sudah masak keluarkan ayam kemudian dipotong2 dan tuang kuahnya pada ayam tadi..
9. Jika suka hidangkan dengan sos cili bersama daun ketumbar bersama ulam2an dan nasi panas.

Dah try-sedap

Followers