Jun 9, 2012

Fira Afina [5M2W]

Malam tadi fira baru cuba2 nak meniarap sendiri..comel je tengok.Step tangan belum betul lagi.Berusaha ye sayang,mummy tau fira boleh.chaiyok2!!!! :)


dipaksa meniarap


Dah 2 hari try bagi fira mkn air kanji+susu.Saje bagi malam2 sebab nak jadi orang pertama suapkan makanan kat fira.Walaupun belum 6bulan tapi mak dia tak sabar nak masak2 utk fira.Air kanji tu nak perkenalkan solid food utk baby.Lepas ni fira try buah pear plak yer.Bulan depan baru mummy masakkan bubur.

Berselera tgk dia mkn.tak taula sebab sedap atau memang suka je nak masukkan sudu tu dalam mulut dia.Sekarang semua benda pun nak masuk mulut.Buku untuk dia pun dah koyak sebab dia tarik nak masukkan dalam mulut dia.Tak panjang umur la kot buku tu nanti.Takde nya nak simpan sampai dia besar. Paper xboleh dah nak baca depan dia,mesti nak tarik.Belum baca lagi dah koyak..semua pun nak masuk mulut la.meja,laptop,huruf2 kat laptop dan sebagainya la.

Seronok je tengok perkembangan dia walaupun cuma dapat tengok waktu malam n hujung minggu.Mak yang bekerja macam ni la..Kalau boleh tak nak kerja nak jaga fira je kat rumah.Tak kerja tapi duit masuk ribu2 dalam akaun.

Baru pukul 9 pagi dah rindu fira.Hari2 rindu fira kat tempat kerja.nasib baik ada banyak video dan gambar2  fira dalam phone..harap2 babysitter fira layan fira baik2 yer sayang...tak sabar nak tunggu fira boleh bercakap,boleh la mengadu kalau ada apa2..Cepat besar yer sayang,cepat boleh bercakap..tapi sekarang pun dah banyak menjerit,kalau dah pandai cakap mesti tak terlayan mummy ngan ayah kan..

semoga fira membesar dengan sihat,kuat baik,comel,bijak dan semua yang baik2 la =))

Followers