Jun 21, 2012

Meniarap [5M4W]

Dengan rasminya Fira dah boleh meniarap..tapi bila dah meniarap bising plak sebab nak ke depan tak boleh..aduhhhhh.

Jun 9, 2012

Solid Food Baby-Point penting

Jangan bagi epal,perut baby boleh meragam..better bagi buah pear dlu berbanding epal.
1-avocado+pisang
2-bubur nasi + pumpkin(rebus skali ngan halia utk elak angin) / carrot +avocado
3-oat+avocado+kurma+apple
4-bubur nasi+carrot+kurma
5-bubur+kentang+carrot+kismis
6-puree epal + lai + fm
7-breakfast:barli+puree pisang,lunch:barli+kismis,ptg:puree cauliflower,dinner:puree pear (7m)
8- cmpur oat ngan puree buah mango, pear, apple, pisang.blend oat tu bg halus, then cmpur ngn air panas. 
bahan2 utk stok ayam yg saya guna:
ayam (tulang temulang)
bawang besar holland
bawang putih
leek
carrot
celery stick
halia
Kismis
rempah 4 beradik
**sy rebus je sume dlm 3jam, amik stok shaja, frozenkan mcm puree tu, stok utk 2-3w (ikut brp byk dpt)
**perlu ingat protein sebaiknya diperkenalkan sms umur bb mencecah 8m, tlalu awal mungkin menyebabkan usus bb susah utk mencerna protein
**perlu buat 4days rule juga utk ayam
**kentang+nasi bukan kombinasi yg baik sbb high carbo & potensi bb sembelit adalah tinggi, utk 6m bb kentang lebih sesuai digantikan dgn keledek

**bubur kanji + bayam merah + carrot + sayur jagung + ikan kembung rebus


biskut baby
‎200gm mentegar
1biji kuning telur
100gm gula castor
1/2sudu teh emplex

Pukul sebati bahan2 diatas...n masukkan pl

200gm t.gndum
30gm nestum yg dikisar halus
3sudu besar susu tepung
60gm t.jagung

Uli sampai jadi doh..bakar dlm suhu 150° 20min


ugget Ayam Tauhu

Recommended for 10mo ke atas
**RESEPI MENGANDUNGI TELUR**

sumber resepi: rancangan masakan jepun

bahan:
-2 keping daging boneless (bahagian peha atau dada)
*total berat sekitar 400g
-75g tauhu lembut
-1cawan serbuk roti
-1/2 telur (dikocok tlebih dahulu)
-sedikit lada sulah/garam (optional)

utk balut:
1 biji telur + 1/2 biji telur (lebihan td)
breadcrumbs

cara:
1. buang semua kulit dan lemak di ayam. bersihkan dan potong kecil2. blend isi ayam hingga hancur. jika guna blender biasa (mcm saya), blend sikit2.
2. masukkan isi ayam hancur tadi dlm bekas besar, campur tauhu, dan lada sulah/garam (jika guna for 1yo keatas).gaul hingga sebati.
3. kemudian baru masukkan telur dan breadcrumbs dan gaul lagi hingga sebati.
4. bole la bentukkan ikut citarasa masing2. sy buat square and bulat je.
5. celup ngan telur dan golek2 dlm breadcrumbs.
6. panaskan minyak, bila minyak dh panas kecilkan api dan goreng nugget hingga keemasan (api perlahan supaya isi nugget masak sempurna).
7. lebihan bole disimpan dlm sejuk beku (freezer) sbgai stok di saat2 kemalasan melanda. hehehe ^_^

*sekiranya anak masih belum OK ngan telur, simply elakkan telur cuma gantikan ngan air. utk coating pun guna air (spray) then golek dlm breadcrumbs.
*resepi ni sekarang favourite ahli rumah kerana rangup kat luar, dan sangat juicy kat dlm. mcm nugget kt malaysia plak.hihi
*agak penat sbb buat sendiri proses ni, tp bbaloi bila tgk anak mkn dgn bselera ..kepuasan buat sendiri - terjamin keselamatan dan bersih bahan2 yg kita gunakan.
 


link:-
heavilyspiced.blogspot.com

Cloth Diaper-Point penting

Point penting:
-aio=all in one.soaker dijahit skali ngan cd.
Ai2=all in two.soaker bley bukak2.kalo bby kencing sj,bley bukak soaker,n pasang soaker bersih pd cd yg sama.

-Cd weegro(cd jenis cover)=1cd+1 insert+1sock(cpt kering),+1inner bc (lagi cepat kering)
-Insert mf xboleh direct to skin
-mf boleh letak bhgn plg atas.function menyerap tp xblh direct to skin
-insert microfleence blh letak bhgn atas
-insert hemp pun function menampung air.hemp xsesuai+bamboo sbb dua2 menampung air.
-boleh guna sabun daia or kuat harimau
-hemp seuai combo dgn microfiber / zorb2 ok. letak microfiber/ zorb kat atas. hemp kat bwh.
-klu ada masalah rashes blh guna bedak pureen medicated
-atas mf,bwh zorb...mf akn serap pee n zorb akn tmpung pee tu
-nappy liner utk lapik muntot baby supaya klu poo poo buat nappy liner n cd still boleh guna lagi-brand pureen or autumnz

-CDMURAH:
--babyland(cutting kecik tapi kemas)-xsesuai utk baby besar(nnt 9bln dah nk kena beli baru)
--qq(cutting besar),org puji qq minky bamboo
-wegro pun org puji jgk
--little buddy
-cd bamboolite(xbocor)

-bamboo n mf masa basuh boleh skalikan cuma masa prewash kena asingkan takut minyak pada bamboo merosakkan mf.
-insert jadi keras sebab sabuh masih ada,so kena basuh semula.(tips basuh cd:kurangkan sabun banyakkan air).klu ada kuning poo poo basuh dengan sunlight n jemur bawah cahaya matahari)
-nak basuh cover cd basuh dalam net supaya cover x rosak.or rendam ngan air panas sampai air tu sejuk.
-insert bamboo lepas angkat lepas dijemur akan jadi keras so konyok2 kan je masa nak lipat akan lembut semula.
-bamboo kena prewash 6-7x
-kenapa berbau??kalau bau ms nk sidai tu...kira nya tk ckup sabun atau tk cukup bilas...kalau lps baby pakai sekejap sj dh berbau tu tnda nya detergent buil up..kena buat stripwash


link utk cd:
-http://www.lunafamily.my/diary/2008/11/27/lunatots-cloth-diaper-2/

Fira Afina [5M2W]

Malam tadi fira baru cuba2 nak meniarap sendiri..comel je tengok.Step tangan belum betul lagi.Berusaha ye sayang,mummy tau fira boleh.chaiyok2!!!! :)


dipaksa meniarap


Dah 2 hari try bagi fira mkn air kanji+susu.Saje bagi malam2 sebab nak jadi orang pertama suapkan makanan kat fira.Walaupun belum 6bulan tapi mak dia tak sabar nak masak2 utk fira.Air kanji tu nak perkenalkan solid food utk baby.Lepas ni fira try buah pear plak yer.Bulan depan baru mummy masakkan bubur.

Berselera tgk dia mkn.tak taula sebab sedap atau memang suka je nak masukkan sudu tu dalam mulut dia.Sekarang semua benda pun nak masuk mulut.Buku untuk dia pun dah koyak sebab dia tarik nak masukkan dalam mulut dia.Tak panjang umur la kot buku tu nanti.Takde nya nak simpan sampai dia besar. Paper xboleh dah nak baca depan dia,mesti nak tarik.Belum baca lagi dah koyak..semua pun nak masuk mulut la.meja,laptop,huruf2 kat laptop dan sebagainya la.

Seronok je tengok perkembangan dia walaupun cuma dapat tengok waktu malam n hujung minggu.Mak yang bekerja macam ni la..Kalau boleh tak nak kerja nak jaga fira je kat rumah.Tak kerja tapi duit masuk ribu2 dalam akaun.

Baru pukul 9 pagi dah rindu fira.Hari2 rindu fira kat tempat kerja.nasib baik ada banyak video dan gambar2  fira dalam phone..harap2 babysitter fira layan fira baik2 yer sayang...tak sabar nak tunggu fira boleh bercakap,boleh la mengadu kalau ada apa2..Cepat besar yer sayang,cepat boleh bercakap..tapi sekarang pun dah banyak menjerit,kalau dah pandai cakap mesti tak terlayan mummy ngan ayah kan..

semoga fira membesar dengan sihat,kuat baik,comel,bijak dan semua yang baik2 la =))

Jun 6, 2012

2 Tahun

Happy anniversary ke 2 tahun untuk aku dan suami comel...tahun ni dah bergelar ayah dah..We loveeee u so much ayahhhh.dari mummy dan fira :) *confius jap,ni ucapan anniversary ke ucapan birthday ayah fira??*

-rezeki 2 tahun-ayah naik gaji
                        -mummy naik pangkat

alhamdulillah..Rezeki Fira Afina ^_^

Jun 2, 2012

Resepi Ayam Panggang Beraroma

1/2 ekor ayam
1 pokok daun ketumbar ( daun, batang dan akar2nya sekali – cuci bersih2 )
1 inci halia
1 labu bawang putih ( 6-8 ulas bawang putih )
3 – 4 biji cili merah ( kalau nak lebih pedas boleh guna cili padi )
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu makan gula
1/2 sudu makan garam
2 – 3 sudu makan jus limau/cuka
sedikit perasa (jika suka )
**jika suka boleh letak jintan dan biji ketumbar atau serai – di kisar sekali dgn bhn kisar…. saya tak letak!!!… saja nak try resepi yg simple!!!
Cara Penyediaan
1. Bersihkan ayam dengan gaulkan tepung gandum dan bilas dgn air bersih…
2. Kisar bawang putih, cili merah, halia, daun ketumbar, serbuk kunyit, gula, garam, jus limau dan  gula dgn sedikit air.
3. Sediakan dulang pembakar kemudian susun ayam.
4. Kelar2kan sedikit  ayam tersebut terutama bahagian isi yg tebal…
5. Curahkan bahan kisar pada ayam…gaul2kan hingga sebati ayam dgn bahan kisarnya
6. Perapkan sebentar, barulah dibakar…. selama lebih kurang  50 minit – 1 jam…
7. Balik2kan ayam agar rata masaknya…sambil dilumurkan rempah/minyak ayam pada ayam tadi….
8. Bila ayam sudah masak keluarkan ayam kemudian dipotong2 dan tuang kuahnya pada ayam tadi..
9. Jika suka hidangkan dengan sos cili bersama daun ketumbar bersama ulam2an dan nasi panas.

Dah try-sedap

Followers